Aku baru pulang dari sekolah mei mei beberapa minit yang lalu.
Hari ini mei mei lambat ke sekolah kerana semalam tidur lambat dan pagi ini juga bangun lambat. Sudah tentulah semuanya serba lambat pula hari ni....
waduh!
Sebentar tadi, semasa menghantar mei mei ke sekolah aku mendengar kanak2 menangis dengan kuatnya. Sepertinya sedang menangis kesakitan dan bukannya kerana sedang merajuk atau buat perangai tak mau bangun pagi.
Aku tidak pernah mendengar suara itu sebelumnya. sudah tentunya hati tertanya2 dan aku amati suara itu rupanya datang dari dalam kelas sekolah mei mei.
Ah... mungkin kanak2 itu terjatuh agaknya, kata dalam hati.
Di depan kelas yang tertutup rapat, aku mendengar tangisan itu lebih jelas. Aku mengetuk pintu berkali-kali tapi tidak ada orang yang membukanya.
Mei mei tidak mau menunggu lama di luar kelas lalu membuka pintu itu sendiri. Ketika pintu terbuka, aku melihat seorang kanak2 lelaki berusia sekitar 4 tahun yang sedang menangis bersama beberapa orang murid lain dan juga bersama seorang guru muda.
Dan....
Sesuatu yang mengejutkan aku sedang berlaku. Anak itu sedang menangis...
dan aku sempat melihat guru yang sedang bersamanya itu mencubit dan merotan tangan kanak2 itu. Juga yang paling mengejutkan aku cikgu itu memicit kedua2 belah pipi budak itu sampai mulutnya ternganga dan kulit pipi masuk di antara rahang atas dan bawah (tentunya kulit pipi itu tertekan di antara gigi gerhamnya).
Sakit!Itu yang aku bayangkan.
cuba korang buat pada diri sendiri dulu. Tekan pipi sampai kulit bahagian dalamnya mengenai gigi gerham. Pokoknya tekan pipi sampai mulut ternganga tak boleh nak katup lagi...
sakit tak???
Haaa... bayangkan kalau kanak2 yang diperlakukan seperti itu.
Waduh... waduh...
Kalaulah aku bawa kamera tadi... tentu sempat juga aku ambil gambar cikgu dan budak yang sedang menangis tu.
Terganggu!
Hati aku rasa terganggu betul melihat kejadian itu. Aku terbayangkan Mei Mei diperlakukan seperti itu... Aduh... Kesian betul! Sadis...
Aku melangkah pulang kemudiannya. Tapi baru beberapa langkah kaki aku seret, aku berpaling lagi melihat pintu kelas mei mei yang kini sudah tertutup rapat kembali dan tangisan kanak2 lelaki tadi masih kedengaran.
Aku terdiam sejenak dan aku hampir berpatah balik dan mengajak mei mei pulang...
"Kita pulang..." itu perkataan yang aku mau katakan.
Tapi kemudian aku teruskan langkah pulang ke rumah.
Hari ini adalah hari terakhir mei mei berada di sekolah itu.
Dan untuk hari ini aku pasrahkan hati dan bertawakkal kepada Allah moga2 kejadian itu tidak akan berlaku keatas mei mei atau kepada sesiapapun...
Read More
Read More






















